Chiwetel Ejiofor
Chiwetel Ejiofor

Chiwetel Ejiofor

Chiwetelu Umeadi "Chiwetel" Ejiofor,[1] CBE [ˈtʃuːwɨtɛl ˈɛdʒi.oʊfɔr; cu-wi-tél é-ji-o-for][2] (lahir 10 Julai 1977)[1][3] ialah seorang pelakon, pengarah dan penulis dari United Kingdom.[4] Selepas mendaftar di Teater Belia Negara pada tahun 1995, dan mendapat biasiswa ke London Academy of Music and Dramatic Art, ketika berumur 19 tahun dan tiga bulan dalam kursus, Ejiofor telah dipilih oleh Steven Spielberg untuk melakonkan peranan sokongan dalam Amistad sebagai James Covey.[5] Pada tahun2005, beliau melakonkan watak Victor Sweet dalam Four Brothers.Ejiofor dikenali dengan peranannya sebagai Okwe dalam Dirty Pretty Things (2002), the Operative dalam Serenity (2005), Lola dalam Kinky Boots (2005), Luke dalam Children of Men (2006) dan Dr. Adrian Helmsley dalam 2012 (2009). Beliau melakonkan watak Solomon Northup dalam 12 Years a Slave (2013), dimana beliau menerima pencalonan Anugerah Akademi dan Golden Globe, bersama Anugerah BAFTA bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Beliau dicalonkan Anugerah Primetime Emmy 2014 bagi kategori Pelakon Lelaki Cemerlang dalam Minisiri atau Filem untuk lakonannya dalam Dancing on the Edge.[6]Ejiofor telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Bintang Meningkat Naik Orange BAFTA pada tahun 2006, lima pencalonan Anugerah Golden Globe dan Anugerah Laurence Olivier bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonannya dalam Othello pada tahun 2008. Pada tahun 2008, beliau dianugerahkan Pegawai OBE oleh Ratu Elizabeth II.[7] Beliau dinaikkan kepada Komander Order of the British Empire pada tahun 2015.[8]

Rujukan

WikiPedia: Chiwetel Ejiofor http://www.biography.com/people/chiwetel-ejiofor-2... http://www.focusfeatures.com/talktome/ http://www.hellomagazine.com/film/2008/12/19/chiwe... http://www.imdb.com/name/nm0252230/ http://blogs.indiewire.com/theplaylist/joe-wright-... http://inogolo.com/pronunciation/d1084/Chiwetel_Ej... http://www.theguardian.com/stage/2013/dec/11/colum... http://www.usatoday.com/story/life/people/2013/10/... http://variety.com/2014/tv/news/emmy-nominations-2... http://www.youtube.com/watch?v=l_UDXHRlCRs